Rakan Setia

Khamis, 12 Mei 2011

Indahnya Lagu Nasyid ...

Assalamualaikum semua...

Sejak 2,3 minggu nie, entah kenapa tetiba aku rasa minat betul dengan lagu nasyid... tiap kali nak tido, mesti kena dengar lagu nasyid dulu, dan kalau time boring2 je, aku dengar lagu nasyid.. hmmm kenapa ye?? Lagu2 nasyid yang aku minat antaranya dari kumpulan Hijjaz, Unic, Rabbani, In Team, dan banyak lagi la... cuma aku xder cd nasyid je, kalu ada mesti aku dah pasang kat dalam kereta untuk aku menuju ke destinasi aku..  Nie salah satu lagu yang aku minat... Jadi mari sama2 kita rengungkan dan menghayati lirik lagu nie...

video


Sekian, Wassalam... 

Jumaat, 6 Mei 2011

JANGAN SAMBUT HARI IBU

 
Hari ibu yang disambut pada 9 haribulan Mei setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.

ASAL USUL HARI IBU
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?

Terjemahan oleh webmaster dari History of  Mothers Day..

benarkah hari ibu tidak boleh disambut??? 

Bersumpah


Dari Abdullah ra, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang bersumpah hendaklah bersumpah dengan nama Allah atau hendaklah diam sahaja”. (al-Bukhari)

Ucapan seharian seorang muslim itu hendaklah senantiasa dikembalikan kepada Allah seperti; mengawal pekerjaan yang baik dengan Bismillah (dengan nama Allah); mengakhiri pekerjaan dengan membaca Alhamdulillah (segala puji kepada Allah); berjanji dengan ucapan InsyaAllah (jika Allah menghendaki) dan bersumpah dengan hanya menggunakan nama Allah seperti wallahi, wabillahi atau watallahi yang bermaksud (demi Allah).
Sumpah yang sah ertinya sesuai dengan ketentuan syarak iaitu dengan menyebut nama Allah dan dibuat dalam keadaan sedar. Orang yang melanggar sumpah yang sah, baik secara sengaja atau tidak, wajib menebusnya dengan membayar kifarah yang secara terminologinya (istilah), maksudnya adalah denda yang harus dibayar ketika seseorang melakukan salah satu dari lima perkara berikut iaitu:
  1. Membunuh.
  2. Zihar, iaitu menyamakan isteri dengan ibunya.
  3. Bersetubuh di siang hari dalam bulan Ramadhan.
  4. Sengaja berbuka puasa tanpa alasan yang diharuskan syarak.
  5. Melanggar sumpah.
Rasulullah SAW melarang keras perbuatan terlalu banyak bersumpah terutamanya di dalam hal jual beli sebagaimana sabda Baginda yang maksudnya: “Banyak bersumpah (dalam jual beli) menjadikan barang dagangan laris, namun menghilangkan berkah”. (Bukhari dan Muslim).

Azab Bagi Orang Islam Yang Meninggalkan Solat


Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.Tetapi kenapa? Dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2 dan 9, Allah SWT manjelaskan, "Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka....Dan mereka yang memelihara solat mereka" Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali terutamanya solat-solat fardhu. Solat merupakan satu ibadah yang amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun ia tidak boleh ditinggalkan. Solat juga merupakan tiang agama. Bagi orang yang melalaikan solat dia akan menerima lima azab di dunia ini. Tiga semasa matinya, tiga dalam kubur dan tiga selepas kebangkitan.

Azab di dunia ini adalah
  1. Dia tidak dirahmati Allah dalam kehidupannya
  2. Kehilangan nur atau cahaya yang terdapat pada muka orang yang bersolat
  3. Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalan yang baik
  4. Doa-doanya tidak dimakbulkan
  5. Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh
Azab semasa hendak mati
  1. Mati dalam keadaan yang memalukan atau mengaibkan
  2. Mati dalam keadaan lapar
  3. Mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat
Azab dalam kubur
  1. Dia dihimpit kuburnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya
  2. Dibakar dalam kuburnya dan diggulingkan atas bara api siang dan malam
  3. Ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi berdampingan dengannya dalam kubur kerana melengah-lengahkan solat. Ular ini akan memukulnya hingga hari kiamat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...