Rakan Setia

Khamis, 19 November 2009

~ Hari - Hari Yang Sibuk ~

Assalamualaikum Semua...
Putri rindu sangat dengan blog..
Maklumlah, terlalu sibuk dengan tugas di tempat keje...
Sebelum nie sibuk dengan Study, nak peksa....
Errrmmm skang nie sibuk kemas tempat keje..

Esok, kat tempat kerja putri ada sport-check,
hehe kena lah kemas2 kan tempat kerja...
kalu ok, dapat lah markah...
hehehe biasalah.. nak buru kemenangan....
tapi tu lah... barangnya xder,
macam mana nak kemas....
kenalah kuar duit sendiri...
Hemmm kerja yang putri maksud kan ialah.....
5S ( seperti gambar diatas)
Esok adalah pemeriksaan yang pertama,
Jadi kenalah ada perubahan....
Harap2 sumenye ok...
Kalu xsilap putri, sume jabatan Kerajaan akan guna 5S nie...
Contoh nya MBSA
Diorang nie dah guna dah 5S nie,
Mesti lawa kan...
Putri harap MBPJ pun leh buat lagi baik...
amin....

Isnin, 26 Oktober 2009

Award Dari Putra Aiman



Salam Semua....

Hari nie Putri dapat award dari teman istimewa putri, iaitu Putra aiman.... Terima kasih banyak2 kerna beriaward nie.... Inilah pertama kali putri dapat award..... Terharu betul tau......

Terima Kasih ye....





Isnin, 5 Oktober 2009

Sujud



Bila dilanda musibah Hati tabah mula rebah Jangan biarkan dugaan Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba Semaikan sifat bersabar Hanya Dia saja menentu Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali Dari kehidupan Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur Di saat ku murung Ku musikkan dalam kedua telapak tangan Semangat yang dah luntur Harapan yang dah terkubur Diberi arah tukku teruskan


Bila dilanda musibah Hati tabah mula rebah Jangan biarkan dugaan Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba Semaikan sifat bersabar Hanya Dia saja menentu Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya Insan yang tersayang Atau harta benda Pancaroba bencana juga malapetaka Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan Tidak letih mengerti erti kesenangan Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya Ketika langit cerah bersinar Janganlah kita melupakanNya Ketika langit mendung tak bercahaya


Bila dilanda musibah Hati tabah mula rebah Jangan biarkan dugaan Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba Semaikan sifat bersabar Hanya Dia saja menentu Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..

Selasa, 15 September 2009

* Selamat Hari Raya Aidilfitri *



Salam Semua...

Dengan Ini Putri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Kepada Semua Warga Blogger dan Semua umat Islam. Putri juga ingin memohon maaf kepada semua jika selama ini putri telah banyak buat kesalahan, menyakitkan hati sesiapa, terasa hati, dan apa2 lah.. Putri menyusun 10 jari memohon ribuan kemaafan dari anda semua... Kite mulakan 0-0 ok...

Pesanan putri kepada warga blogger yang ingin pulang ke kampung, hati2 ketika memandu, sentiasa ingat pada orang yang tersayang, kepada anak2 yang suka bermain bunga api, hati2 tau, pastikan orang dewasa mengawasi anda..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN..

** Buat yang tersayang, adinda di sini ingin mohon ribuan kemaafan, ampunkanlah segala kesalahan adinda yang selama ini adinda lakukan, maafkan adinda ye sayang... Erm raya jangan lupa lak datang umah.


Rabu, 9 September 2009

Penyakit Lupa Dan Rahsia Menguatkan Daya Ingatan



Penyakit Lupa Antara penyebabnya adalah: -


- Makan kepala ikan

- Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.

- Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.

- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).

- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.

-Melihat gambar Lucah..


Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa.

Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipang! gil `dopamin'akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.



Rahsia Menguatkan Daya Ingatan

Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita.
Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia.

Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu kelet! ihan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan ertambah kukuh sekiranya tidak sesaat un kita lupa kepada-NYA.

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.

Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -
1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakin kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.

*** fakta ini dipetik dari http://www.ehoza.com/v4/forum/info-pengetahuan-am/5111-penyakit-lupa-dan-rahsia-menguatkan-daya-ingatan.html.

Sekian wassalam..

Sabtu, 5 September 2009

LAILATUL QADAR



Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.


Rabu, 26 Ogos 2009

Kerja Kosong Di Majlis Bandaraya Petaling Jaya...

Salam semua kengkawan....

Ari nie putri nak bagi tau lah kat semua kwn2 yang mencari kerja... Kat tempat kerja putri ada buka jawatan kosong.... jadi boleh la layari http://www.mbpj.gov.my/home .Borang jawatan kosong boleh di dapati di Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 2, Ibupejabat MBPJ, Petaling jaya... Satu Borang berharga RM5... Jom Kite sama isi borang, insyaallah kalu ada rezeki, dapat la peluang pekerjaan ini.... amin....

Selasa, 25 Ogos 2009

"Selagi Belum Tutup, Kerja.. Kerja... Kerja "

Salam semua... Salam Ramadhan,

Beberapa hari nie, putri rasa tak sedap badan lah, dah berapa hari asyik sakit kepala jer, kadang2 tu, mcm nak pecah pun ada, nak mkn ubat tak boleh, skang nie time posa, nak tido/rehat tak boleh, takut bos marah plak... jd terpaksa la putri tahan... dan tahan, sampai skang nie pun masih sakit... Hehehe bukan apa, putri ingat dalam bulan posa nie, beban kerja, kurang la sikit kot, tapi berlipat kali ganda kerja, aduh... tension tul... apa lagi boleh buat, putri kena bersabar, lebih2 lagi sekarang nie dalam bulan puasa... fuhh esok dah start kelas, nie first time putri pergi ke kelas dalam bulan posa, dengan jalan sesak, kelas start awal, fuhh conform sakit lagi kepala... hehehe



p/s : ada sesiapa leh tolong putri tak???

Sabtu, 22 Ogos 2009

34 Adab Berpuasa



1. Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab ra. telah bersabda Rasulullah saw: Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini, sedang matahari sudah terbenam, maka orang yang puasa boleh berbuka. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

2. Diriwayatkan dari Sahal bin Sa’ad : Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : Manusia ( ummat Islam ) masih dalam keadaan baik selama mentakjilkan (menyegerakan) berbuka. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim)

3. Diriwayatakan dari Anas ra., ia berkata : Rasulullah saw berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah ) sebelum shalat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. ( H.R : Abu Daud dan Al-Hakiem )

4. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Apabila salah seorang diantara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. ( H.R : Ahmad dan At-Tirmidzi )

5. Diriwayatkan dari Ibnu Umar : Adalah Nabi saw. selesai berbuka Beliau berdo'a (artinya) telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah. ( H.R : Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan )

6. Diriwayatkan dari Anas, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu ( yang sudah terhidang ). ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

7. Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra: Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : Makan sahurlah kalian karena sesungguhnya makan sahur itu berkah. (H.R : Al-Bukhary )

8. Diriwayatkan dari Al-Miqdam bin Ma'di Yaqrib, dari Nabi saw. bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur, karena sahur adalah makanan yang penuh berkah. ( H.R : An-Nasa'i )

9. Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit t berkata : Kami bersahur bersama Rasulullah saw. kemudian kami bangkit untuk menunaikan shalat ( Shubuh ). saya berkata : Berapa saat jarak antara keduanya ( antara waktu sahur dan waktu Shubuh )?Ia berkata : Selama orang membaca limapuluh ayat. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

10. Diriwayatkan dari Amru bin Maimun, ia berkata : Adalah para sahabat Muhammad saw. adalah orang yang paling menyegerakan berbuka dan melambatkan makan sahur. ( H.R : Al-Baihaqi )

11. Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila salah seorang diantara kamu mendengar adzan dan piring masih di tangannya janganlah diletakkan hendaklah ia menyelesaikan hajatnya ( makan/minum sahur )daripadanya. (H.R : Ahmad dan Abu Daud dan Al-Hakiem )

12. Diriwayatkan dari Abu Usamah ra. ia berkata : Shalat telah di'iqamahkan, sedang segelas minuman masih di tangan Umar ra. beliau bertanya : Apakah ini boleh saya minum wahai Rasulullah ? Beliau r.a menjawab : ya, lalu ia meminumnya. ( H.R Ibnu Jarir )

13. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata :Adalah Rasulullah saw. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan beliau saw. al-qur'an dan benar-benar Rasulullah saw. lebih dermawan tentang kebajikan( cepat berbuat kebaikan ) daripada angin yang dikirim.(HR Al-Bukhary )

14. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata :Adalah Rasulullah saw. menggalakkan qiyamullail (shalat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda : Barang siapa yang shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama'ah )

15. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Nabi saw. apabila memasuki sepuluh hari terakhir ( bulan Ramadhan ) beliau benar-benar menghidupkan malam ( untuk beribadah ) dan membangunkan istrinya ( agar beribadah ) dengan mengencangkan ikatan sarungnya (tidak mengumpuli istrinya ). ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

16. Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata : Adalah Nabi saw. bersungguh-sungguh shalat malam pada sepuluh hari terakhir ( di bulan Ramadhan ) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. ( H.R : Muslim )

17. Diriwayatkan dari Abu salamah din Abdur Rahman, sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah ra: Bagaimana shalat malamnya Rasulullah saw di bulan Ramadhan ? maka ia menjawab : Rasulullah saw tidak pernah shalat malam lebih dari sebelas raka'at baik di bulan Ramadhan maupun di bulan lainnya, caranya :

Beliau shalat empat raka'at jangan tanya baik dan panjangnya, kemudian shalat lagi empat raka'at jangan ditanya baik dan panjangnya, kemudian shalat tiga raka’at. ( H.R : Al-Bukhary,Muslim dan lainnya )

18. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila bangun shalat malam, beliau membuka dengan shalat dua raka'at yang ringan, kemudian shalat delapan raka'at, kemudian shalat witir. ( H.R : Muslim )

19. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata : Ada seorang laki-laki berdiri lalu ia berkata : Wahai Rasulullah bagaimana cara shalat malam ? Maka Rasulullah r. menjawab : Shalat malam itu dua raka'at dua raka'at. Apabila kamu khawatir masuk shalat Shubuh, maka berwitirlah satu raka'at. ( H.R : Jama'ah)

20. Dari Aisyah ra. ia berkata : Sesungguhnya Nabi saw shalat di masjid, lalu para sahabat shalat sesuai dengan shalat beliau ( bermakmum di belakang ), lalu beliau shalat pada malam kedua dan para sahabat bermakmum dibelakangnya bertambah banyak, kemudian pada malam yang ketiga atau yang keempat mereka berkumpul, maka Rasulullah saw tidak keluar mengimami mereka. Setelah pagi hari beliau bersabda : Saya telah tahu apa yang kalian perbuat, tidak ada yang menghalangi aku untuk keluar kepada kalian ( untuk mengimami shalat ) melainkan aku khawatir shalat malam ini difardhukan atas kalian. Ini terjadi pada bulan Ramadhan. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

21. Dari Ubay bin Ka'ab t. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. shalat witir dengan membaca : Sabihisma Rabbikal A'la )dan ( Qul ya ayyuhal kafirun) dan (Qulhu wallahu ahad ). ( H.R : Ahmad, Abu Daud, Annasa'i dan Ibnu Majah )

22. Diriwayatkan dari Hasan bin Ali t. ia berkata : Rasulullah saw. telah mengajarkan kepadaku beberapa kata yang aku baca dalam qunut witir : ( artinya ) Ya Allah berilah aku petunjuk beserta orang-orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesehatan yang sempurna beserta orang yang telah engkau beri kesehatan yang sempurna, pimpinlah aku beserta orang yang telah Engkau pimpin, Berkatilah untukku apa yang telah Engkau berikan, peliharalah aku dari apa yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas Engkau, bahwa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang Engkau musuhi. Maha agung Engkau wahai Rabb kami dan Maha Tinggi Engkau. ( H.R : Ahmad, Abu Daud, Annasa'i, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah )

23. Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda :Barang siapa yang shalat malam menepati lailatul qadar, maka diampuni dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama'ah )

24. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir. (H.R : Muslim )

25. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata : Dinampakkan dalam mimpi seorang laki-laki bahwa lailatul qadar pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah saw. bersabda : Sayapun bermimpi seperti mimpimu, ( ditampakkan pada sepuluh malam terakhir, maka carilah ia ( lailatul qadar ) pada malam-malam ganjil. ( H.R : Muslim )

26. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Saya berkata kepada Rasulullah saw. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui lailatul qadar,apa yang saya harus baca pada malam itu ? Beliau bersabda : Bacalah ( artinya ) Yaa Allah sesungguhnya Engkau maha pemberi ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku. (H.R : At-Tirmidzi dan Ahmad )

27. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw mengamalkan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan sampai beliau diwafatkan oleh Allah Azza wa Jalla. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

28. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila hendak beri'tikaf, beliau shalat shubuh kemudian memasuki tempat i'tikafnya.......... ( H.R :Jama'ah kecuali At-Tirmidzi )

29. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila beri'tikaf , beliau mendekatkan kepalanya kepadaku, maka aku menyisirnya, dan adalah beliau tidak masuk ke rumah kecuali karena untuk memenuhi hajat manusia ( buang air, mandi dll...) ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

30. Allah ta'ala berfirman : ( artinya ) Janganlah kalian mencampuri mereka( istri-istri kalian ) sedang kalian dalam keadaan i'tikaf dalam masjid. Itulah batas-batas ketentuan Allah, maka jangan di dekati...( Al-Baqarah : 187 )

31. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku dan aku yang memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu puasa janganlah berbuat keji , jangan berteriak-teriak ( pertengkaran ), apabila seorang memakinya sedang ia puasa maka hendaklah ia katakan : " sesungguhnya saya sedang puasa" . Demi jiwa Muhammad yang ada di tanganNya sungguh bau busuknya mulut orang yang sedang puasa itu lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia gembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira karena puasanya. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim)

32. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ia berkata : Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan amalan kebohongan, maka tidak ada bagi Allah hajat ( untuk menerima ) dalam hal ia meninggalkan makan dan minumnya. ( H.R: Jama'ah Kecuali Muslim ) Maksudnya Allah tidak merasa perlu memberi pahala puasanya.

33. Bahwa sesungguhnya Nabi saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar yang sering di panggil Ummu Sinan : Apa yang menghalangimu untuk melakukan haji bersama kami ? Ia menjawab : Keledai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si fulan (suaminya ) untuk berhaji bersama anaknya sedang yang lain di pakai untuk memberi minum anak-anak kami. Nabi pun bersabda lagi : Umrah di bulan Ramadhan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku. ( H.R :Muslim)

34. Rasulullah sw. bersabda : Apabila datang bulan Ramadhan kerjakanlah umrah karena umrah di dalamnya (bulan Ramadhan ) setingkat dengan haji. ( H.R : Muslim)

Rabu, 19 Ogos 2009

Apabila Ramadhan Semakin Hampir ....



Salam Semua..

Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi... dan semalam adalah hari yang cukup bahagia.....


Tapi.........



Hari ini, aku rasa sedih sgt2... Pertama, aku dah buat salah dengan si dia, aku tau kesalahan aku tak layak dimaafkan... Tapi apa kan daya, aku hanyalah insan biasa, dan aku sendiri tak dapat maafkan diri aku sendiri, ini semua salah aku, aku langsung tak fikir keadaan orang lain, aku fikir diri sendiri, perkara ini tak kan aku lupakan, ianya akan menjadi sejarah dalam hidup aku, akan aku ingat hingga ke akhir hayat aku, maafkan aku, sayang...

Kedua, aku baru jer balik dari kelas, tetiba aku dapat msg drpd big bos tmpt keje aku, satu bahagian tmpt keje aku dapat msg yang sama, di tulisnya dlm msg tu, ada di antara kami tak jujur dalam melakukan tugas, tak pasal2, bahagian kami di tuduh mcm tu, aku sedih sgt.. Tak patut bos aku ckp mcm tu, ye la walaupun bkn kesalahan aku, bkn kesalahan bahagian tmpt keje aku, tapi aku benar2 terasa, ye la bahagian aku dapat nama buruk, aku xsuka.. kerana di situlah tmpt aku mencari rezeki yang halal, esok pagi bos nak jumpa sapa yang tak integriti....aduhhh byk betul masalah....

Ketiga, tak tau lah nape aku rasa keseorangan kat tmpt keje, aku rasa xbahagia bersama rakan2 kat opis, aku rasa seperti di pulau oleh rakan2 pejabat, sedih beb...... si dia lah jadi peneman aku kat opis, aku sentiasa sms dgn si dia ketika waktu pejabat, aku tau memang salah, tapi apa leh aku buat, aku terpaksa..... aku sunyi arr, dah la aku xramai kawan, hanya si dia dan family jer yang aku ada... sungguh beb....

Aku berdoa padaNya, dan aku berharap sgt agar sebaik saja tiba Bulan Ramadhan yang mulia ini, aku harap semua akan kembali pulih seperti sedia kala... amin.....














Sabtu, 15 Ogos 2009

Kemerdekaan : Erti Kemerdekaan



Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.



Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.


Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.


Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.


Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.





Khamis, 13 Ogos 2009

Adakah Si Dia Serius ????


Tak semua lelaki tu sama. Mereka mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan perasaan mereka. Apabila seorang lelaki itu serius terhadap kamu, dia mungkin mahu mempunyai hubungan yang serius. Apabila ini berlaku, sesetengah lelaki mungkin mengajak kamu untuk berbincang. Untuk lelaki yang lain, mereka mungkin tak mahu berlakunya perubahan drastik terhadap apa yang dah kamu kongsi bersama, dan pada masa yang sama dia dah mula menganggap yang dia serius dengan kamu. Memang tak ada peraturan sebenar mengenai bagaimana untuk memulakan perhubungan, tetapi kamu berdua mungkin mula masuk ke tahap yang lebih serius apabila:

  • Kamu menjadi lebih eksklusif. Kamu berhenti keluar dengan lelaki lain dan dia pun tidak menghiraukan gadis lain. Kamu saling keluar dan menikmati waktu bersama.
  • Kamu saling bercakap telefon pada penghujung hari hanya untuk bertanyakan khabar. Ini satu perbuatan matang dan cara untuk menunjukkan yang kamu ambil berat terhadapnya.
  • Kamu saling mendengar. Kamu mungkin tak setuju antara satu sama lain tapi sekurang-kurangnya kamu mendengar celotehnya.

  • Kamu mula mengingati tarikh-tarikh istimewa dan mula menyambutnya. Contohnya sambutan hari pertama kamu berjumpa, atau dengan memberi hadiah semasa hari lahir.
  • Kamu mula menghormati keputusan dan perancangan satu sama lain. Ini merupakan salah satu langkah untuk kamu mula serius. Apabila seseorang itu berkata “tidak”, pasangannya akan mula mendapat mesej dan menghormati keputusan itu. Tak ada lagi perbalahan remeh seperti mana nak makan, filem apa nak tengok dan macam-macam lagilah. Bila kamu serius mengenai perhubungan, kamu berusaha untuk membuatkan ia berjaya.

  • Berjumpa dengan ibu bapa. Si dia dah mula bawa kamu pulang ke rumah untuk berjumpa ayah dan ibunya. Dia juga mungkin mengajak kamu untuk turut serta dalam keraian yang hanya melibatkan keluarga dan rakan terdekat sahaja.
  • Jumpa dengan gengnya. Seorang lelaki paling selesa bila dia bersama teman-temannya. Ini merupakan tanda baik untuk menunjukkan yang dia dah mula selesa denganmu. Satu cara yang baik juga untuk mengetahui sama ada kamu serasi bersama.







Rabu, 12 Ogos 2009

Salahkah kalau aku bertanya ??????



Bila aku tanya sesuatu, mesti orang tu marah? knp ye?? aku rasa pelik sgt... aku bertanyakan soalan yang salah ker? atau aku bertanyakan soalan yang menyinggung perasaan dia ker??? pelik betul la.... kadang2 perkara macam nie pun leh gaduh tau... pernah jugak perkara mcm nie berlaku kat opis aku, sampaikan satu tmpt keje semua benci dia... tapi memang patut pun.... memang layak orang2 buat kawan aku tu mcm tu...yer la manusia kan mudah lupa, jadi x salah la kalu kite bertanya... betul x???




Sabtu, 8 Ogos 2009

Temuduga Di Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Hai semua, pada 30 Julai 2009 Fiza ada menghadiri satu temuduga di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, mula-mula ada gak rasa takut, rasa nak balik jer, ye la pegi sorang2, kalu ada yang teman xpe gak... Fiza keluar dari rumah jam6 pagi, sampai di Putrajaya Jam 7 pagi, keluar awal sebab takut jalan sesak, jam 7.30 pagi, fiza daftar dan dapatlah giliran no. 5, selesai temuduga, hehehe apa lagi jalan2 la sorang2 pusing2 putrajaya.... best tau....







Bangunan Jabatan Kastam Diraja Malaysia


Ketika diluar Jabatan Kastam Diraja Malaysia



Jambatan ini menghubungkan antara Bahagian Utara Dan Selatan

Ini saje gambar yang dapat saya tangkap, time tu fiza tengah takut... xleh concertrate




























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...