Rakan Setia

Jumaat, 6 Mei 2011

Bersumpah


Dari Abdullah ra, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang bersumpah hendaklah bersumpah dengan nama Allah atau hendaklah diam sahaja”. (al-Bukhari)

Ucapan seharian seorang muslim itu hendaklah senantiasa dikembalikan kepada Allah seperti; mengawal pekerjaan yang baik dengan Bismillah (dengan nama Allah); mengakhiri pekerjaan dengan membaca Alhamdulillah (segala puji kepada Allah); berjanji dengan ucapan InsyaAllah (jika Allah menghendaki) dan bersumpah dengan hanya menggunakan nama Allah seperti wallahi, wabillahi atau watallahi yang bermaksud (demi Allah).
Sumpah yang sah ertinya sesuai dengan ketentuan syarak iaitu dengan menyebut nama Allah dan dibuat dalam keadaan sedar. Orang yang melanggar sumpah yang sah, baik secara sengaja atau tidak, wajib menebusnya dengan membayar kifarah yang secara terminologinya (istilah), maksudnya adalah denda yang harus dibayar ketika seseorang melakukan salah satu dari lima perkara berikut iaitu:
  1. Membunuh.
  2. Zihar, iaitu menyamakan isteri dengan ibunya.
  3. Bersetubuh di siang hari dalam bulan Ramadhan.
  4. Sengaja berbuka puasa tanpa alasan yang diharuskan syarak.
  5. Melanggar sumpah.
Rasulullah SAW melarang keras perbuatan terlalu banyak bersumpah terutamanya di dalam hal jual beli sebagaimana sabda Baginda yang maksudnya: “Banyak bersumpah (dalam jual beli) menjadikan barang dagangan laris, namun menghilangkan berkah”. (Bukhari dan Muslim).

Azab Bagi Orang Islam Yang Meninggalkan Solat


Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.Tetapi kenapa? Dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2 dan 9, Allah SWT manjelaskan, "Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka....Dan mereka yang memelihara solat mereka" Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali terutamanya solat-solat fardhu. Solat merupakan satu ibadah yang amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun ia tidak boleh ditinggalkan. Solat juga merupakan tiang agama. Bagi orang yang melalaikan solat dia akan menerima lima azab di dunia ini. Tiga semasa matinya, tiga dalam kubur dan tiga selepas kebangkitan.

Azab di dunia ini adalah
  1. Dia tidak dirahmati Allah dalam kehidupannya
  2. Kehilangan nur atau cahaya yang terdapat pada muka orang yang bersolat
  3. Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalan yang baik
  4. Doa-doanya tidak dimakbulkan
  5. Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh
Azab semasa hendak mati
  1. Mati dalam keadaan yang memalukan atau mengaibkan
  2. Mati dalam keadaan lapar
  3. Mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat
Azab dalam kubur
  1. Dia dihimpit kuburnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya
  2. Dibakar dalam kuburnya dan diggulingkan atas bara api siang dan malam
  3. Ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi berdampingan dengannya dalam kubur kerana melengah-lengahkan solat. Ular ini akan memukulnya hingga hari kiamat

Isnin, 26 Julai 2010

Salah Siapa????


 Assalamualaikum Semua,

Setiap hari, kita akan dengar berita pembuangan bayi yang tidak berdosa ini. Di televisyen, radio, di dada akhbar, internet dan sebagainya. Yang peliknya, makin hari makin banyak pulak yang buang bayi tidak berdosa ini. Apalah salah bayi ini ye, belum sempat melihat dunia, ternyata sudah kembali padaNYA. Kalu tak silap saya, bayi yang dibuang kini sudah memcecah 20 ribu lebih, sekiranya mereka hidup, bagaimana pula nanti hidup, sudah tentu akan dipandang serong oleh masyarakat, dan apabila bayi ini telah dewasa kelak, bagaimana  pula dengan perkahwinan mereka nanti, Kasihan mereka kan... 

* p/s :  Kalaulah ada niat nak mencuba atau nak meneruskan tabiat maksiat itu di musim cuti Tahun Baru China dan ‘Valentine’ ini, bayangkan deritanya melahirkan anak sendirian di tandas, betapa malunya diri, keluarga, agama, negara dan bangsa ini selamanya..!. Bayangkan betapa besarnya dosa yang akan di ‘ungkit’ sepanjang hayat..?, bayangkan pertemuan anak itu dengan anda di akhirat nanti..! bayangkan besarnya laknat ‘Pencipta’ terhadap anda..!.
Jangan sibuk menyalahkan pihak lelaki dan pihak-pihak lain apabila anda telah hamil dan kononnya telah teraniaya. bukan hanya ‘mereka’ yang jahat, atau kononnya ‘tidak bertanggung jawab’, tapi kita yang sebenarnya BODOH kerana menyerahkan diri dengan mudah kepada orang yang anda tahu memang jahat serta tidak akan ‘bertanggung jawab’, namun anda sengaja mengundang masalah…  Oleh itu, salahkanlah diri sendiri.

Firman Allah dalam surah Al Israa’ ayat 15.
“Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng’azab sebelum Kami mengutus seorang rasul”.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...