Tak semua lelaki tu sama. Mereka mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan perasaan mereka. Apabila seorang lelaki itu serius terhadap kamu, dia mungkin mahu mempunyai hubungan yang serius. Apabila ini berlaku, sesetengah lelaki mungkin mengajak kamu untuk berbincang. Untuk lelaki yang lain, mereka mungkin tak mahu berlakunya perubahan drastik terhadap apa yang dah kamu kongsi bersama, dan pada masa yang sama dia dah mula menganggap yang dia serius dengan kamu. Memang tak ada peraturan sebenar mengenai bagaimana untuk memulakan perhubungan, tetapi kamu berdua mungkin mula masuk ke tahap yang lebih serius apabila:
- Kamu menjadi lebih eksklusif. Kamu berhenti keluar dengan lelaki lain dan dia pun tidak menghiraukan gadis lain. Kamu saling keluar dan menikmati waktu bersama.
- Kamu saling bercakap telefon pada penghujung hari hanya untuk bertanyakan khabar. Ini satu perbuatan matang dan cara untuk menunjukkan yang kamu ambil berat terhadapnya.
- Kamu saling mendengar. Kamu mungkin tak setuju antara satu sama lain tapi sekurang-kurangnya kamu mendengar celotehnya.
- Kamu mula mengingati tarikh-tarikh istimewa dan mula menyambutnya. Contohnya sambutan hari pertama kamu berjumpa, atau dengan memberi hadiah semasa hari lahir.
- Kamu mula menghormati keputusan dan perancangan satu sama lain. Ini merupakan salah satu langkah untuk kamu mula serius. Apabila seseorang itu berkata “tidak”, pasangannya akan mula mendapat mesej dan menghormati keputusan itu. Tak ada lagi perbalahan remeh seperti mana nak makan, filem apa nak tengok dan macam-macam lagilah. Bila kamu serius mengenai perhubungan, kamu berusaha untuk membuatkan ia berjaya.
- Berjumpa dengan ibu bapa. Si dia dah mula bawa kamu pulang ke rumah untuk berjumpa ayah dan ibunya. Dia juga mungkin mengajak kamu untuk turut serta dalam keraian yang hanya melibatkan keluarga dan rakan terdekat sahaja.
- Jumpa dengan gengnya. Seorang lelaki paling selesa bila dia bersama teman-temannya. Ini merupakan tanda baik untuk menunjukkan yang dia dah mula selesa denganmu. Satu cara yang baik juga untuk mengetahui sama ada kamu serasi bersama.
0 komen:
Catat Ulasan