Apakah yang perlu anda lakukan semasa makan di luar?
- Elakkan memakan makanan yang tercemar yang mengandungi bendasing seperti rambut, kuku, pasir dan batu.
- Pilih makanan yang tidak berubah pada rasa, bau dan penampilannya.
- Pilih makanan yang segar dan baru dimasak
- Elakkan mengambil makanan yang "terbakar" (hangus) seperti sate.
- Pastikan makanan di dalam tin atau yang dibungkus masih dalam keadaan elok.
- Hadkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi perisa tambahan dan pewarna tiruan.
- Elakkan makanan yang telah digoreng kembali berulang kali.
Apakah premis makanan yang bersih?
Premis-premis makanan yang bersih ialah:
- Terletak jauh dari kawasan yang kotor yang berhabuk dan tidak terdapat lalat, lipas, tikus dan binatang sesat.
- Mempunyai kemudahan asas seperti saluran air bersih, elektrik, saliran yang sempurna, tong sampah dan tandas.
- Mempunyai pengedaran udara yang baik dan cahaya yang terang
- Menggunakan perkakas atau alatan untuk makan dengan sempurna dan bersih
- Mempunyai pekerja yang mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang baik
- Menutup semua makanan dan menggunakan penyepit makanan serta senduk semasa menghidangkan makanan.
Bagaimana untuk memilih Makanan yang selamat ?
- Elakkan memakan makanan yang tercemar yang mengandungi benda asing seperti rambut, kuku, pasir dan batu.
- Pilih makanan yang tidak berubah pada rasa, bau dan penampilannya.
- Pilih makanan yang segar dan baru dimasak
- Elakkan mengambil makanan yang "terbakar" (hangus) seperti sate hangus.
- Pastikan makanan di dalam tin atau yang dibungkus masih dalam keadaan elok.
- Hadkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi perisa tambahan dan perwarna tiruan.
- Elakkan makanan yang telah digoreng kembali berulang kali.
Bagaimana untuk memilih makanan sihat semasa makan di luar?
- Pilih diet seimbang sebagaimana yang di sarankan mengikut piramid makanan
- Jangan terlebih memesan makanan. Dapatkan makanan dalam hidangan yang bertepatan dengan keperluan nutrien sendiri,
- Minta minuman yang kurang gula
- Jangan tambahkan garam dan produk yang mengandungi garam (seperti kicap) yang terdapat di atas meja ke dalam makanan
- Pesan jus buahan yang segar dan bukan minuman berkarbonat
- Minta lebihkan sayur-sayuran dalam mi, nasi dan stik.
- Minta salad dan bukannya kentang goreng apabila memesan makanan segera
- Selesaikan makan anda dengan pembasuh mulut (dessert) iaitu salad atau buah-buahan yang segar
0 komen:
Catat Ulasan